KUIZ
KUIZ

ERTI CINTA
Ramai orang salah anggap tentang seks dan cinta serta sering mencampur-adukkan cinta sejati dengan nafsu berahi. Jawab kuiz ini dan lihat samada anda juga keliru.


 

1. Cinta pada pandangan  pertama dialami ramai orang.
[Betul / Salah]

2. Membezakan cinta sejati dan nafsu berahi adalah mudah.
[Betul / Salah]

3. Pasangan yang saling mencintai dengan tulus tidak akan bertengkar.
[Betul / Salah]

4. Tuhan secara khusus memilihkan pasangan bagi setiap orang dan Dia akan membimbing dan mempertemukan keduanya.
[Betul / Salah]

5. Jika sepasang kekasih saling menyintai, maka kesukaran dan masalah sama sekali tidak akan mempengaruhi hubungan  mereka.
[Betul / Salah]

6. Lebih baik berkahwin dengan orang yang tidak tepat daripada membujang seumur hidup.
[Betul / Salah]

7. Melakukan hubungan seksual sebelum nikah tidak akan menjadi masalah selagi pasangan tersebut masih berinteraksi.
[Betul / Salah]

8. Jika pasangan kekasih saling menyintai, maka keadaan seperti itu akan kekal seumur hidup.
[Betul / Salah]

9. Masa bercinta yang singkat (enam bulan atau kurang) adalah yang paling baik.
[Betul / Salah]

10. Remaja mampu mencintai dengan tulus daripada orang dewasa.
[Betul / Salah]


 

 

 PEMBAHASAN KUIZ :
Sepuluh pernyataan dalam kuiz tersebut adalah salah, kerana semuanya mencerminkan 10 konsep cinta romantis
yang telah disalahertikan oleh masyarakat.


 

1. Cinta pandang pertama sesuatu yang tak mungkin. 
Cinta buka hanya ghairah romantis dan daya tarikan seksual. Perasaan yg muncul pada pandangan pertama bersifat sementara kerana ia melibatkan oarang yg menglaminya dan bukan orang yg dicintai. Orang semacam itu tidak jatuh cinta kepada orang lain, tetapi jatuh cinta kepada diri sendiri.

2. Tidak mudah membezakan cinta sejati dan nafsu berahi. 
Ghairah romantis dapat berubah-ubah, naik turun bergantung kepada keadaan. Sedangkan cinta sejati tidak ditentukan oleh naik turunnya perasaan itu. Ia bergantung kepada komitmen dan kemahuan memelihara api cinta tetapi menyala dalam apa juga keadaan.

3.Setiap pasangan tak lepas pertengkaran dan perbezaan pendapat. 
Ada perbezaan antara pertengkaran sihat dan yg tidak sihat. Dlm konflik sihat, suami isteri akan memfokus pada masalah yg menjadi penyebab dan bukannya peribadi pasangan dan menyelesaikan masalah denga kompromi dan rundingan.

4. Memang jodoh ketentuan tuhan, 
tetapi manusia dikurniakan akal, kemampuan menimbang dan kebebasan menentukan keputusan kepada setiap manusia, juga harus digunakan ketika memilih teman hidup.

5. Kekeliruan tentang cinta sejati, ia dapat berdiri kukuh mengatasi segala masalah. 
Sesungguhnya cinta sangat rapuh terhadap penderitaan dan trauma, malah seringkali goyah ketika diserang badai kehidupan.

6. Perkahwinan tidak bahagia merupakan pengalaman paling mengerikan di muka bumi ini. 
Hidup membujang sepanjang hayat tidak terlalu menyakitkan berbanding bergaduh dengan pasangan dalam perkahwinan yg tak bahagia. Kadangkala kehidupan berseorangan lebih bererti dan menyenangkan.

7. Tabiat seksual jika disalur secara jujur dlm pernikahan 
akan menghasilkan kestabilan dan tanggungjawab. Sedangkan kegiatan seks di luar perkahwinan membawa akibat buruk yg dapat menghancurkan hidup individu. Seks bebas menimbulkan terjadinya pengguguran anak, lahirnya anak luar nikah, penyakit kelamin dan AIDS.

8. Cinta, bahkan cinta sejati adalah sesuatu yg rapuh. 
Cinta harus dipelihara jika ingin kekal. Cinta dan pernikahan akan mati jika dibiar tidak dipelihara.

9. Masa bercinta yg singkat menyebabkan 
pasangan mengambil keputusan pernikahan secara tergesa-gesa dan menurut kata hati. Ia kadangkala menjadi satu tindakan yg penuh risiko.

10. Cinta murni merupakan komitmen yg tidak mementingkan diri sendiri. 
Wujud keadaan memberi dan menerima. Komitmen memerlukan kematangan (biasanya tidak dimiliki remaja). Cinta remaja memang mengghairahkan, namun jarang berakhir dengan perkahwinan.


 

|| HOME || MAIN MENU || BACK ||


 

MITOS ATAU KENYATAAN
Meskipun menikmati pelbagai jenis makanan setiap hari, tidak ramai yg tahu akan rahsia yg tersembunyi di sebalik makanan tersebut. Uji minda anda dgn sepuluh pernyataan di bawah, pasti anda akan akui ketidaktahuan anda dlm bidang ini.


 
 

SOALAN :
1. Berbanding dgn masak di rumah, makanan yg sudah siap diproses (cthnya makanan dlm tin) mempunyai kurang zat makanan.
(Benar / Salah)

2. Jgn makan banyak slps pukul 7 mlm.
(Benar / Salah)

3. Umumnya org Malaysia, ada kepelbagaian jenis makanan.
(Benar / Salah)

4. Perasa tambahan dan pengawetan dlm makanan adalah tidak sihat utk kesihatan.
(Benar / Salah)

5. Gula penyebab utama dlm diabetes.
(Benar / Salah)

6. Tiram mengandungi bahan yg merangsang perasaan cinta.
(Benar / Salah)

7. Hormon yg digunakan di dlm pengeluaran ayam mampu utk mempercepatkan pengeluaran haid pertama gadis.
(Benar / Salah)

8. Kebanyakan org Malaysia mempunyai alahan dlm makanan.
(Benar / Salah)

9. adalah tidak sihat utk mencampurkan karbohidrat dan protein dlm satu hidangan yg sama.
(Benar / Salah)

10. Makan roti boleh menggemukkan.
(Benar / Salah)


 

 

 
 

JAWAPAN
Semua jawapan di atas adalah SALAH. Ini kerana :

1. Makanan yg diproses dlm tin tidak menyebabkan kehilangan nutrien dlm makanan secara keseluruhan kerana masih terdapat zat dlm makanan tersebut. Makanan yg dimasak di rumah juga akan kehilangan sedikit zat apabila dimasak.

2. Sebenarnya jumlah kalori yg diambil dan aktiviti yg dibuat menentukan samada seseorg itu mengalami pertambahan berat badan dan bukannya masa ketika makanan diambil.

3. Org Malaysia lazimnya mempunyai tabiat makan yg sama iaitu mengambil makanan yg sama setiap hari spt mengambil nasi pd waktu tengah hari dan mlm sementara mangambil roti atau pelbagai jenis mi pd waktu pagi.

4. Pengawet dan penambah perisa dibuat drp bhn yg dibenarkan dan kajian menunjukkan ia tidak membahayakan kesihatan.

5. Gula bukanlah penyebab uatama diabetes tetapi sebenarnya disebabkan oleh kekurangan insulin yg dihasilkan oleh tubuh. Salah satu penyebab penyakit kencing manis juga berpunca daripada keturunan.

6. Sememangnya tiram mengandungi zink yg merangsang pertambahan hormon dlman lelaki tetapi ianya tidak merangsang hormon perasaan cinta.

7. Hormon yg digunakan dlm pengeluaran ayam yg blh mempercepatkan pengeluaran haid pertama gadis sudah tidak digunakan lagi sejak 40 thn lalu.

8. Org Malaysia kebanyakan tidak mempunyai alahan terhadap makanan karana kebanyakan drp org yg alah adalah mereka yg mengidap penyakit spt resdung. Ini menyebabkan pengidapnya tidak blh menikmati makanan laut krn menimbulkan kegatalan. Secara keseluruhan semua org Malaysia yg tidak berpenyakit tidak mempunyai alahan terhadap makanan.

9. Perut kita boleh mencernakan karbohidrat dan protein sekaligus atau dlm sekali hidangan.

10. Roti tidak menggemukkan. Malah baik utk dimakan krn mengandungi karbohidrat sekaligus membantu manusia menghasilkan tenaga.


 

 

|| HOME || MAIN MENU || BACK ||

"Now loading Information"