LAKUKAN SENDIRI
LAKUKAN  SENDIRI
Dalam ruangan ini, aku ada bagi beberapa panduan khas cara Mak Aku punya stail jahitan. Jadi, kepada anda yg mempunyai bakat dan ingin tahu cara mudah bagaimana membuat dan menjahit sepasang baju kurung tradisional bolehlah mengikuti tips-tips dan langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah. Cara-cara yang bakal ditunjukkan di bawah adalah secara tradisional, maka penggunaan kertas dasar ataupun peralatan lain yang biasanya digunakan oleh guru jahitan tidak digunakan dalam langkah-langkah penyediaan baju kurung dalam ruangan ini. Semua cara-cara ini aku belajaq dari mak aku yang telah mengaktifkan diri dalam bidang jahitan sejak tahun 1963 lagi. So kat sini aku berniat nak kongsikan pengalaman aku buat baju dengan cara mak aku yang aku rasakan paling mudah dan cepat untuk difahami. Tak remeh macam kat sekolah tu dan apa yang perlu semangat dan ketekunan.
PERALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN : -


PERALATAN
BAHAN-BAHAN
Mesin Jahit
Kain (4 meter)
Gunting 
Benang
Pita Ukur
Span Bahu
Kapur 
Getah kain (3/4") 
Jarum Peniti
Butang 
Jarum Jahit
 
Sniper
Penetas

CARA - CARA MEMBUAT SEPASANG BAJU KURUNG TRADISIONAL :
Mula-mula sediakan sepasang baju kurung yang dah siap untuk dijadikan contoh [untuki diambil ukurannya]

PROSES PEMOTONGAN KAIN
Langkah 1
Potong bahagian A (Badan)
- Sukat labuh baju tambah 1.5" untuk lipatan bawah [38"+1.5"=39.5"]
- Lipat kain mengikut jumlah tadi [39.5"] pinkan
- Sukat lebar bahu baju yg siap tambah 1.5" pada kedua-dua sisi [14"+0.5"+0.5"=15"]
- Gariskan dari A1 ke A2, potong mengikut garisan

Langkah 2
Potong bahagian B (Tangan)
- Sukat lebar tangan baju contoh dari B1 ke B2 tambah 0.5" [7.5"+0.5"=8"] dan dari B3 ke B4 [6.5"+0.5"=7.0"]
- Lipat kain mengikut lebar tadi [8.0"] tandakan panjang tangan dgn menambah 0.5"(bahu) dan 1.5"(lipatan tangan) 20"+.05"+1.5"=22"
- Tolak 0.5" pada B2 dan gariskan B1 ke B2 dan ke B4
- Potong mengikut garisan, buat untuk kedua-dua belah tangan

Langkah 3
Potong bahagian C (Pesak)
- Sukat lebar C1 ke C2 dan tambahkan 1.5" pada setiap sisi masing-masing [2.5"+0.5"+0.5"=3.5"] dan C3 ke C4 [4"+0.5"+0.5"=5"]
- Untuk mendapatkan panjang pesak, labuh baju - lebar tangan + 1" [39.5"-8"+1"=32.5"]
-Lipat kain selebar C3 ke C4 [5"], tandakan panjang pesak dan C1 ke C2 [3.5"]
- Garis dari C2 ke C4, potong mengikut garisan, belah bahagian atas sepanjang 5"
- Buat untuk kedua-dua belah pesak

langkah 4
Potong bahagian D (Ketiak)
- Potong 2 keping kain 4 segi sama [4"x4"]

Langkah 5
Potong Bahagian E (Kain)
- Sukat lebar kain (berlipat 2) E1 ke E2 + 0.5" [32"+0.5"=32.5"]
- Sukat panjang kain dari E2 ke E3 tambah 0.5" untuk lipatan bawah kain dan 1.5" untuk lipatan getah pinggang [38"+0.5"+1.5"=40"]
- Lipat kain mengikut lebar tadi [32.5] tandakan panjang [40"] garis dan gunting
-Sukat dan potong getah mengikut contoh
 

PROSES MENJAHIT
- Pastikan kesemua sisi kain telah dijahit
- Jarak antara jahitan dan sisi kain 0.5"
 

LANGKAH MENJAHIT BAJU
- Pinkan dan cantumkan  sisi ketiak pada belahan pesak
- Pinkan dan cantumkan pula pada tangan
- Tebuk bahagian leher berpandukan saiz leher baju contoh
- Pinkan sekeping kain yg sesuai saiznya dgn kawasan leher dan tebuk kain tersebut supaya menjadi lapik kawasan leher (pastikan ia berada pada bahagian luar baju bila ia siap nanti) kemudian jahit dgn jarak yg kecil sahaja pastikan tiada yg terlucut
- Pinkan cantuman tangan dan pesak  pada bahagian badan, pastikan garisan lipatan bahu selari dgn garisan lipatan tangan
- jahit hingga siap, selesai proses jahitan mesin
 

PROSES JAHITAN TANGAN
- Lipat hujung tangan dan bawah baju [1.5"] pinkan dan jahit dgn jahitan "silang pangkah"
- Seterusnya gunting lebuhan kain pada pelapik leher dan kemaskan dgn jahitan "lilit ubi"
- Hiaskan tulang jahitan pelapik leher dgn jahitan "karipap"dan letakkan butang
- Potong lebihan-lebihan benang
 

LANGKAH MENJAHIT KAIN
- Cantumkan kain seperti kain sarung
- Jahit lipatan bawah kain [0.5"]
- Susun  susunan kain (biasanya 3 susunan) dan setiap satunya berukuran 4"(rujuk contoh) pastikan tulang kain diletakkan di bahagian dalam
- Cantum getah kain
- Lipat bahagian atas kain ke dalam supaya menutupi getah dan jahit (pastikan tidak mengenai getah) kemaskan kedutan getah
- Jahit pula di atas getah pastikan getah direganggkan semasa ia dijahit.
 

Selamat Mencuba !
 
 

|| BACK ||


"Now loading Information"