MY FAMILY
MY FAMILY

Aku dan keluargaku berasal dan menetap di Kampung Parit Hussin, Bagan Serai. Sebuah bandar kecil di utara negeri Perak. Abah En. Baharudin b Sani, 49 dan emak Pn. Rohani bt Hassim, 48. Mak dan abah berasal dari kampung berhampiran. Kedua orang datukku iaitu En.Sani b Sulaiman dan En. Hassim b Ali Hassan telah meninggal dunia. Hanya tinggal nenekku iaitu Pn.Teh dan Pn. Kornia bt Mat.

Abah adalah anak ketiga daripada enam orang adik beradik manakala emak pula anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Di dalam keluargaku selain emak dan abah, aku mempunyai seorang abang yang lebih tua enam tahun daripadaku bernama Helmey. Dua orang adik perempuan iaitu Rohaiza, 20 dan Nadia, 16.

Abangku telah bekerja dan mendirikan rumahtangga 6 tahun yang lalu dan kini mempunyai seorang cahayamata bernama Muhammad Hazim berumur 5 tahun. Dan tidak lama lagi iaitu pada awal bulan September ini, dia bakal menimang cahayamata yang kedua.

Kedua-dua adikku pula masih bergelar pelajar. Seorang di UiTM Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Peralatan manakala yang seorang lagi masih dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra Pulau Pinang dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar keluargaku . . . . . . .


Mak Dan Abah Tersayang

 
 
Pada Hari Perkahwinan Abang  - Disember 1996

 
 
Dua Orang Adik Perempuanku

 
 
Berkelah Di Batu Hampar

 

|| TOP || BACK ||



 
 
 

BUAH HATI KELUARGAKU

 
Cucu Sulung Keluarga Kami

 
 
Muhammad Hazim Semasa Berumur 2 Tahun

 
 
Ni Dah Besar Sikit - 4 tahun

|| TOP || BACK ||


"Now loading Information"