INPUT
INTERIOR     DESIGN    NOTES

DEFINISI ISTILAH

KONSEP (CONCEPT)

PENGERTIAN UMUM
Sesuatu gagasan, tanggapan terhadap sesuatu.
Pendapat yang terbentuk di dalam fikiran mengenai sesuatu.
Idea (maksud) mengenai sesuatu.
 

PENGERTIAN MENURUT PSIKOLOGI
Idea yang terbentuk hasil daripada gabungan pelbagai nilai-nilai yang dihayati setelah
diabstrak daripada alam sekeliling, menurut sesuatu peraturan yang mempunyai perkaitan diantaranya.
Definisi yang mengandungi cirri-ciri perkaitan tentang sesuatu perkara dan menggolongkannya di dalam kategori-kategori
benda, manusia ataupun peristiwa. [pengkategorian idea-idea]
Contoh : Konsep pakaian lelaki -baju, seluar, kasut, stoking, tali leher, tali pinggang, topi dsbnya.
Gabungan idea-idea yang mempunyai perkaitan di dalam sesuatu perkara.
Idea yang dapat membayangkan dan menggambarkan bentuk sesuatu maksud yang dihayati.
Perkataan “CONCEPT” berasal daripada perkataan “conceive” bermaksud :
- memikirkan; membayangkan; menggambarkan [sesuatu idea, rancangan dll]
 



 

Pengertian KONSEP di dalam Bidang Senireka.

Maksud Konsep
- Idea yang dapat didefinisikan [dikenalpasti] maksudnya berdasarkan kepada sumber yang dirujuk.

Peranan Konsep
- Meliputi dasar, panduan, tujuan ataupun matlamat yang dijadikan sebagai prinsip/asas di dalam rekabentuk.

Pembentukan Konsep

- Idea yang mengandungi cirri-ciri yang dikenalpasti secara jelas [mengenai aspek-aspek seperti :
warna, bentuk, saiz atau fungsi] menurutsesuatu peraturan ataupun hubungkait diantaranya.
Contoh : Rekabentuk Stail Hi-Tech Mempunyai ciri-ciri seperti :
- warna asas dan terang
- rupabentuk dan bentuk yang asas serta “rigid”
- penggunaan bahan jenis keluaran industri
- imej yang melambangkan progressif [kemajuan]
- simplisitik, pragmatic dan fungsional Sumber Konsep
- Idea yang bersumberkan kepada :


i. Rujukan Fakta [objektif]
ii. Imaginasi Fakta [subjektif]
-method
- teori / paradigma
- model / contoh
- pendapat / falsafah
- hasil ciptaan yang telah ada
- menerusi pengalaman diri, persepsi dan pengamatan individu


Konsep "WELL DEFINED" dan "ILL DEFINED"


Konsep "Well-Defined"
Konsep "Ill-Defined"
Sesuatu konsep yang menerangkan / memberikan gambaran maksud yang jelas serta mempunyai ciri-ciri yg dapat dikenalpasti [definisi yang konkrit]
Idea yang bersumberkan kepada sesuatu rujukan tertentu [fakta objektif] seperti Teori, Metod, model, Contoh Pendapat dsb. 
Contoh : Konsep Rekabentuk Stail Hi-Tech [Teori / Paradigma]
Sesuatu konsep yg menggambarkan maksud samar-samar [ambigious] ataupun secara andaian serta definisinya yg abstrak. Idea yg bersumberkan ilham / imaginasi hasil daripada pengalaman diri yg subjektif menerusi ‘persepsi’ dan pengamatan individu terhadap sesuatu yg dihayati. Contoh : Konsep “Horror”
– suasana yg menakutkan dan mengerikan [pendapat individu] Pelbagai andaian boleh dibuat utk menerangkan maksud konsep horror.


KONSEP REKABENTUK
 Design Concept Terbahagi kepada dua :

1. Konsep Umum - Konsep secara total :
- Konsep Utama [main concept] / gagasan pusat.

2. Konsep Khusus - Konsep dari segi aspek-aspek tertentu [bahagian-bahagian konsep] :
- Konsep Perancangan [planning concept]
- Konsep Imej [image concept]
- Konsep Rupabentuk [form concept]
- Konsep Ruang [spatial concept]
Bahagian-bahagian konsep saharusnya mempunyai pertalian dengan konsep utama.
Contoh : Gabungan konsep-konsep = konsep secara total
 



 

TEMA REKABENTUK (DESIGN THEME)
Pengertiannya :
- Perkara yg dijadikan sbg dasar, pokok, tajuk dlm sesuatu perancangan / idea.

1. Di dalam rekabentuk, sesuatu konsep seharusnya mempunyai tema.
Tema adalah sbg dasar/ pegangan terhadap sesuatu  konsep, juga diertikan sbg idea pokok / ideaidea utama / gagasan pusat.
2. Perbezaan di antara konsep dgn tema
- Konsep adalah idea yg berbentuk umum serta merupakan prinsip / asas di dlm rekabentuk. manakala,
- Tema adalah idea yg berbentuk khusus / tertentu serta merupakan motif / tujuan di dlm rekabentuk.
 



 

KONSEP IMEJ (IMAGE CONCEPT)

Imej - Gambaran kpd konsep. Sesuatu konsep dpt digambarkan melalui imej.
Kebanyakan idea konsep adalah bersumberkan kpd sesuatu rujukan ataupun ilham dan imaginasi manusia terhadap alam sekelilingnya
menerusi pengamatan dan pengalamannya.
Di dlm proses kognitif, rangsangan bertindak menerusi pemikiran assosiatif (kaedah berfikir secara pentaakulan [logik],
dimana sesuatu itu dpt di'konseptualize' [daya utk menghasilkan sesuatu ciptaan] berdasarkan pemikiran kreatifnya.
Di dlm proses rekacipta, kaedah berfikir secara pentaakulan berdasarkan Analogi ataupun
Metafora dpt dipraktikkan utk mengghasilkan idea konseptual.


BENTUK PEMIKIRAN KONSEP

Analogi
- kiasan yg berbentuk perbandingan kpd sesuatu yg sama
- sesuatu idea yg merujuk kpd keadaan yg mempunyai kaitan persamaan dari segi peranan ataupun fungsinya [inti/essence]


Sumber Daripada Analogi :
Imej
Motif
1) Analogi Struktural
Idea yg dirujuk kpd peranan struktur yg sama
Bangunan
Pokok
2) Analogi Mekanikal
Idea yg dirujuk kpd fungsi mekanikal yg sama
Injap Enjin 
 Jantung
3) Analogi Kontrol
Idea yg dirujuk kpd perubahan keadaan yg sama
Tingkap [siang/malam]
Bunga [buka/tutup]
4) Analogi Simbolik
Idea yg dirujuk kpd sesuatu yg sama secara simbolik
Jejari Tangan
Bangunan Bertingkat
5) Analogi Komuniti
Idea yg dirujuk kpd susunan yg sama secara kelompok
Masyarakat
Perkampungan
6) Analogi Haiwan
Idea yg dirujuk kpd tabiat yg sama
Territorial + Defense
Benteng
7) Analogi Personal
Idea yg dirujuk kpd pengalaman yg sama
Bayu Angin Laut
Peredaran Angin


Metafora
- kiasan yg berbentuk perumpamaan kpd sesuatu yg seakan-akan sama
- sesuatu idea yg merujuk kpd keadaan yg mempunyai kaitan maksud menyerupai / menyerupai / seperti / seakan-akan sama
/ hampir sama dari segi ciri-ciri ataupun krekteristik bentuknya. [form/bentuk]


Sumber Daripada Metafora
Imej
Motif
1) Metafora Simbolik
"seperti"
Idea yg dirujuk kpd sifat secara terus. [direct]
Kekuatan
Column [penyokong]
2) Metafora Bentuk
"hampir sama" "menyerupai"
Idea yg dirujuk kpd bentuk secara terus. [direct]
Putaran / 
Kelembutan
Bentuk Objek

 

|| HOME || MAIN MENU || TOP || BACK ||

********************************************************************************************************



 
 
 

FURNITURE     DESIGN     NOTES

 

BUILT-IN FURNITURE



 
 
 

KNOCK-DOWN FURNITURE



 
 
 

CONVERTIBLE FURNITURE



 
 
 

LOOSE FURNITURE



 
 
 

ADJUSTABLE FURNITURE



 
 
 

MODULAR FURNITURE



 
 
 
 

INTEGRATED FURNITURE



 
 
 

COLLAPSABLE FURNITURE



 
 
 

ART-FOR-ART-SAKE FURNITURE
 
 

|| HOME || MAIN MENU || TOP || BACK ||

********************************************************************************************************



 
 
 

HISTORY   OF   ART   &   ARCHITECTURE   NOTES

ASPEK SPIRITUAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN KONSEP RUANG RUMAH TRADISIONAL MELAYU

Oleh :
Prof Madya Dr. Zulkifli b  Hanafi
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancngan
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
 

1.0 PENGENALAN
Rumah tradisionl Melayu yg masih terdpt di merata2 tempat di Semenanjung Malaysia merupakan salah satu warisan senibina Melayu yg unik & amat bernilai. Rekabentuk bangunan bukan shj memberi pertimbangan yg wajar kpd optimisasi & susunatur ruang yg tertib mengikut nilai & peradaban Melayu malah amat menitikberatkan  aspek integrasi unsur alam sekitar & spiritual sbg asas rekabentuk yg penting. Rumah tradisional Melayu dpt dikelompokkan kpd 4 kawasan utama. Pembinaannya pula dipengaruhi oleh beberapa faktor yg mempelbagaikan lagi rekabentuk bangunan menjadikan rumah tradisional Melayu begitu unik & menarik.


2.0 REKABENTUK RUANG
Susunatur ruang dalaman sememangnya utk memenuhi keperluan funggsi rumah sbg tempat tinggal yg dpt memberi ketenangan mental & fizikal kpd penghuninya. Sbg tempat perlindungan drp pelbagai ancaman luaran (hiwan & iklim), rumah juga diharapkan dpt memenuhi keperluan fungsi spiritual iaitu menyediakan suasana yg sesuai ke arah alam akhirat yg lbh kekal.

Utk memenuhi keperluan fungsi asas, sesebuah rumah memerlukan sebuah ruang yg dibatasi oleh beberapa elemen yg terdiri drp bumbung, lantai & dinding. Ruang kepelbagaian guna ini menampung keperluan hidup spt berehat, penyediaan makanan & berinteraksi.Kemajuan hidup & peningkatan taraf ekonomi menjadikan ruang dikembangkan menjadi lbh spesifik & rapi. Ruang rumah dibahagikan kpd 3 zon utama : Zon hadapan, tengah & belakang. Setiap zon ditegaskan dgn rekabentuk, struktur & hierarki ruang yg menarik.

Zon hadapan merupakan ruang umum yg terdiri drp ruang anjung & serambi .Anjung berfungsi sbg ruang penyambut yg juga menempatkan tangga utama yg adakalanya dihiasi dgn pelbagai ukiran kayu yg menarik utkmewujudkan ciri & keperibadian pemilik. Bangku disediakan di ruang anjung utk tujuan sosial & interaksi tidk formal. Ruang serambi pula lbh luas drp ruang anjung, ruang umum bersifat serbaguna. Ia dpt digunakan sbg ruang menyambut tetamu, kenduri kendara, ruang rehat, bilik tidut & sebarang upacra keagamaan. Ia juga bisanya dihias dgn ukiran kayu yg menarik pd bahagian papan tumpu kasau, kerawang, jerejak dinding & papan cantik. Motif ukiran kayu terhad kpd motif tumbuhan, geometri & kaligrafi shj.

Zon tengah yg terdiri dpd ruang keluarga & sebuah bilik (ruang peribadi pemilik rumah) dan kadangkala dikhaskan utk anak perempuan. Struktur rumah pd zon ini menjadi rumah ibu kpd keseluruhan kompleks rumah. Slh satu tiang rumah ibu dipilih menjadi tiang seri kpd rumah.

Zon belakang yg merangkumi ruang kelek anak, dapur & pelantar bersifat umum tetapi lbh mengutamakan utk kegunaan wanita sbg ruang tamu wanita, ruang rehat keluarga, kerja, interaksi & penyediaan makanan. Struktur rumah zon ini juga dikenali sbg rumah dapur tetapi saiznyalbh kecil drp rumah ibu. Dihubungkan oleh talang & dipisahkan oleh ruang selang. Zon ini mempunyai 2 tangga (1- bg laluan sekunder di ruang kelek anak & 1 lagi di pelantar utk ke tandas & sumber air.

Konsep pembahagian ruang rumah terbahagi kpd 3 zon utamamempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Pembahagian ini diasaskan kpd nilai budaya Melayu yg bertemakan kpd amalan agama Islam yg mengatur umatnya spy berdisiplin, hormat mnghormati & menjana satu kehidupan yg bermasyarakat , bermaruah & menggalakkan kesederhanaan.

Ruang serambi yg dikhaskan utk tetamu lelaki & ruang kelek anak yg terletak di bahagian belakang dikhaskan utk tetamu wanita utk membolehkan mereka berinteraksi dgn lbh mesra. Pengasingan juga dpt menghindarkan pergaulan bebas antara lelaki & wanita yg bukan muhrim yg juga merupakan tuntutan dlm Islam. Ruang peribadi merupakan ruang yg terhad & hanya digunakan oleh pemilik rumah atau anak perempuan shj. Klasifikasi ruang sedemikian menjadi peraturan tidak bertulis & menjadi peringatan kpd tetamu akan had & tanggungjawab tetamu kpd tuan rumah. Menghormati tetamu & penghormatan tetamu terhadap tuan rumah dlm batas & adab kesopanan tertentu juga merupakan amalan yg dituntut oleh agama Islam. Amalan konsep ini bukan shj ditegaskan melalui susunatur ruang malah amat ketara dgn kewujudan hierarki ruang melalui struktur pembinaan rumah spt penggunaan perbezaan aras lantai, penggunaan bendul, dinding & pemidang.

Nilai sesuatu ruang dpt mempengaruhi emosi manusia. Keindahan membangkitkan ketenangan. Penghuni rumah akan merasa tenang dgn suasana ruang rumah yg disusun dgn sistematik serta hiasan dlmn.  Alam semulajadi merupakan sumber ketenangan yg asli. Segala fauna & flora setempat menjadi ilham yg berpanjangan. Pd kebanyakan rumah tradisional Melayu keindahan & ketenangan ini dpt dizahirkan melalui ukiran kayu pd tpt2 tertentu. Walaupun motif ukiran terhad kpd tumbuhan, btk geometri & kaligrafi namun krativiti pengukir tidak tebatas. Melahirkan keindahan melalui rekabentuk, hiasan dlmn & ukiran juga merupakan tuntutan agama. Hadith yg berbunyi “sesungguhnya Allah itu Maha Indah & Dia suka kpd Keindahan”.hadith riwayat Muslim r.a.

Rumah tradisional Melayu mempunyai beberapa ciri2 senibina yg unik. Antaranya pembinaan rumah bertiang atau disebut juga rumah yg berlantai. Dlm iklim Malaysia yg panas dan lembab, struktur bertiang sesuai utk mengelakan banjir, gangguan haiwan binatang & serangga.
Rumah yg mempunyai lantai yg lbh tinggi dpt menghindarkan pandangan umum dgn demikian ruang dlmn rumah menjadi lebih privacy dan menjamin penghuninya.

Kajian beberapa org sarjana baratberkaitan dgn ketinggian rumah & hubungannya dgn peredaran udara dlmn rumah membuktikan bahawa rumah lantainya ditinggikan drp paras bumi ternyata mempunyai beberapa kelebihan drp segi pengudaraan, tahap kesihatan & keselesaan penghuninya. Mereka juga menyarankan bahawa rekabentuk rumah yg bertiang amat sesuai dgn iklim panas lembab yg amat bergantung kpd peredaran udara dlmn yg tinggi utk mencapai tahap keselesaan yg diharapkan.


3.0 PENUTUP
Rumah tradisional Melayu masih kekal hingga kini merupakan legasi kecemerlangan senibina Melayu yg terunggul di rantau ini. Rekabentuknya yg unik menjadi sintesis kepekaan & integrasi kpd alam perekitaran, optimisasi bahan, logik pembinaan dan hasil gabungan seni pertukangan yg tingi nilainya & seni ukiran yg tiada tandingannya menjadikan rekabentuk rumah Melayu sbg hasil senibina yg paling responsif dgn iklim setempat. Di samping itu ia dpt mencerminkan tahap tamadun Melayu ketika itu.

Tetapi sayang sekali walaupun ternyata ia mempunyai beberapa keistimewaan yg ketara rumah tradisional tidak lagi dibina masakini, perubahan nilai & suasana perkembangannya telah berubah tetapi penghayatan senibinanya perlu diteruskan supaya generasi yg akan dtg tidak terkeliru & hanya menjadi pengikut yg setia shj tanpa kefahaman yg mendalam.


KATA KUNCI SENIBINA MELAYU
Warisan senibina Melayu unik. optimisasi. susunatur ruang yg tertib. aspek integrasi. unsur alam sekitar. spiritual empat kawasan. faktor. fungsi rumah. Tempat tingal. Tempat perlindungan. Fungsi spiritual. Bumbung. Lantai. Dinding. Ruang kepelbagaian guna. Zon hadapan.zon tengah. Zon belakang. ruang anjung. Ruang serambi. Bahagian tumpu kasau. Kerawang. Jerejak. Papan cantik. Ruang peribadi. Rumah ibu. Tiang seri. Kelek anak. Rumah dapur. Talang. Peraturan tidak bertulis. Ruang selang. Ciri2 senibina yg unik. Iklim panas lembab. Tahap kesihatan. Pengudaraan. Keselesaan.
 

********************************************************************************************************
 

KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

Teori Kedatangan Islam :
1) Dibawa dr Tanah Arab
2) Dibawa oleh Orang Islam dr India

Teori 1
Catatan dr China Islam dtg – abad ke-7 Masihi. Islam dtg sejak abad pertama dr Hijrah iaitu sejak di zaman Nabi lagi. Dibawa oleh saudagar Arab Islam. Penyelidik China jumpa pemimpin Arab di Jawa. Jawa di bwh Ratu Simo pemerintah K.Kalingga. Islam gagal diterapkan waktu itu krn kuat fahaman Hindu di Jawa. Ada pandangan yg mengatakan yg dtg ke Jawa adalah Muawiyah b. Abi Sufyan.
 

Teori 2
Dibawa oleh org Islam India ke Nusantara iaitu dr Malabar. Pandangan sebilangan orientalis (Snouck Hurgronje) yg secara ilmiah tidak mahu mengaitkan kedatangan Islam secara terus dgn Tanah Arab agar dunia Nusantara tidak memandang kewibawaan Arab & juga berniat utk memutuskan hubungan intim antara org Arab dgn org Nusantara. Ini ada kaitan dgn bahana Perang Salib.
 

Sejarah dan Pengaruh Islam di Nusantara
Islam dibawa oleh ulama / pedagang dr T.Arab . Berkembang di Sumatera sekitar 684M. Islam berkembang krn org tempatan diIslamkan oleh ulama / pedagang Arab atas dasar sukarela – tertarik kpd keluhuran budi pekerti pedagang / ulama. Islam lama-kelamaan merubah pandangan org Nusantara – masyarakat seni kpd masyarakat Ilmu. Waktu itu lahir beberapa org pelopor Islam terkenal di sini.
 

********************************************************************************************************
 

KONSEP UNITI  / KESEPADUAN
1. Senibina Islam banyak pattern sebab :
- tak nak tunjukkan bahan sebenar kerana alam tabii dgn tuhan  tak sama
- pattern bentuk abstrak : kita tak dapat menggambarkan tuhan
 

2. Konsep Kesatuan  / Unity
- Islam melihat alam tidak hanya pada aspek Phenomena yg bercerai dr Noumena
- Tapi kedua-duanya bersatu menjadi tanda tentang kebesaran Allah
- Konsep kesepaduan adalah berkenaan aspek :
Tampak dan tersembunyi yg bersama
i)  Roh dan jasad mambentuk kesepaduan
ii) Alam kerohanian dan alam nyata
- secara kias : masjid – ruang kosong (gambaran kerohanian)
- aspek kosong (void) : penekanan / penegasan kpd konsep Tauhid (percaya Allah itu satudan tak boleh digambarkan)
 

3. Konsep Wahdatul Shuhud – Wahdatu Wujud
konsep kesepaduan dpt diertikan :
- kesatuan aspek rohani dan jasad
- kesatuan aspek roh dan materi
terkandung pd makhluk yg dicipta oleh Allah
- Cth : manusia – materi yg ditiupkan rohnya oleh Allah
Namun Allah dan makhluk ciptaannya tak sama
 

4. Konsep Unity dan kaitannya Dgn Kesenian
- Unity / Kesatuan – konsep kesepaduan rohani & jasmani
- Unity dgn kesenian – menifestasi manusia yg ada aspek roh ke atas hasil kesenian sbg elemen tampak
- Menifestasi dpt diterangkan melalui senibina masjid & beberapa ciri unik [aspek abstrak, simbolik yg bersifat esoterik, berhubung dgn aspek quantitatif]
- Senibina  masjid
i) bentuk luaran – struktur yg membentuk fizikal
ii) ruang dalaman – pengguna melakukan aktiviti
 

********************************************************************************************************
 

ELEMEN TRADISI DLM SENIBINA MASJID
1. 9 elemen tradisi :
- Ruang ibadah
- Dinding kiblat
- Mihrab
- Dikka
- Mimbar
- Masqura
- Fountain / pool
- Menara
- Gerbang masuk / Portal
 

2. Komponen yg paling asas :
- Ruang sembahyang
- Mihrab
- Kawasan ambil wudu’
 

3. Elemen tambahan
- kubah
- menara
 

4. Elemen tradisi
- Ruang sembahyang (dinding kiblat bermihrab)
- Kubah
- Mimbar
- Laman dalam (sahn)
- Tempat wudu’
- Elemen ornamen
a)  Corak Arabesque
- motif geometri
-  motif tumbuhan & bungaan
-  motif binatng yg diilustrasikan
b)  kaligrafi (ayatsuci Al-Quran)
 

5. Aspek2 Qualitative
- suasana hening, kekosongan dan ketingian kubah – mengingatkan manusi tentang kekerdilnnya di sisi Allah
- kubah adalah perumpamaan yg dpt menimbulkan kesn spiritual kpd manusia yg mempunyaai mtahati
 

6. Menara
- fungsi : muazzin melaungkan azan
- secara simbolik : bentuknya yg vertical mengingatkan manusia kpd perlunya hubungan antara hamba dgn penciptanya
 

7. Corak Geometri
- yg bertindih dan berulang2 seakan2 tida pengakhiran
i) satu elemen seni tampak
ii) makna simbolik : yg mengingatkan manusia tentang mana kewujudanNya
 

dikka
- ‘platform’/pentas/pelantar (agak tinggi sikit)
- tujuan : menyambut ucapan imam oleh seorang penolong imam yg berada di dikka yg jauh dari imam spy didengar oleh makmum di belakang
 

masqura
- ruang dlm masjid – amir/pemerintah
- terletak di hadapan berdekatan mimbar/ mihrab
 

mihrab
- kawasan yg menunjukkan arah kiblat yg biasanya mempunyai lengkungan ke dlm ‘niche’
 
 

|| HOME || MAIN MENU || TOP || BACK ||

********************************************************************************************************


<
 
 
 

COLOR     MEANS     EVERYTHINGS

  MAKNA / SIMBOL BAGI WARNA

PUTIH
- kebersihan / suci/ ketulenan
- agama, gaun perkahwinan
- bahasa : bohong sunat
 

KUNING
- agama :cahaya, kemuliaan, kegembiraan
 

HIJAU
- tidak matang / iri hati
- sentiasa muda
- agama : keimanan
 

BIRU
- kesedihan
- agama: keikhlasan, harapan
- bahasa : setia, darah bangsawan
 

UNGU
- kaya, sombong
- mengkagumkan, diraja
- bahasa : hidup mewah
 

MERAH
- lambang bahaya
- bahasa : perempuan jalang
 
 

|| HOME || MAIN MENU || TOP || BACK ||

********************************************************************************************************



 
 
 

KOMPUTER    NOTES

DEFINISI :
- Komputer merupakan sejenis alat elektronik yg dicipta utk memudahkan urusan manusia masa kini
- Ia boleh diprogramkan bagi menerima, memproses data dan menghasilkan maklumat (output)

KOMPUTER TERBAHAGI KPD 3 JENIS :


1. Komputer Analog
 - sejenis komputer yg memproses fizikal dgn cara berterusan 
2. Komputer Digital
 - Set sistem komputer yg memproses data dgn menggunakan data yg beraras bawah sekali dan bersifat Binari
3. Komputer Hybrid 
- Gabungan di antara sistem komputer Analog dan Komputer Digital
- Digunakan untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan seperti : kaji keadaan cuaca, pasaran saham dll

BINARI
- 2 Keadaan yg berasaskan kpd 2 angka iaitu 0 & 1
- Data uni menghasilkan 2 maklumat yg bertentangan iaitu betul atau salah
 
 

KIRAAN MUATAN INGATAN


Kiraan
Simbol
Takrif
Bit
 bit
0&1
Bait
 bait
8 bit
Kilobait
Kb
1 024 bait
  Megabait
Mb
1 048 576 bait/1 049 Kb
Gigabait 
Gb
1 073 741 824 bait/1 074 Mb


KOMPUTER TERBAHAGI KPD 2 BAHAGIAN :
1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)

Hardware
- Lebih dikenali sbg peralatan / perkakasan untuk menghubungkan sebuah komputer dgn komponen yg lain
- Terbahagi kpd peranti input dan output
Jenis-jenis Perkakasan :
 

[Input]

1. Keyboard
- Alat yg menerima maklumat melalui kekuncinya
- Terbahagi kpd 4 bahagian : i) Type Writer Key [huruf, no. & simbol]
ii) Number key [Numlock 0-9]
iii) Function Key [F1-F12]
iv) Special Key [Enter, Delete, .....]
 

2. Mouse
- Alat yg menerima maklumat melalui bebolanya untuk diproses oleh CPU
- Cara penggunaan mouse : i) Tunjuk [point] - Gerakkan kursor ke lokasi yg diingini
ii) Klik - Tekan butang kiri tetikus
iii) Double Klik - Tekan butang kiri 2 kali
iv) Drag - Tekan butang kiri jgn lepas ketika menggerakkan kursor ke lokasi lain
v) Drop - Lepas butang slps seret
vi) Tunjuk & Klik
 

3. Scanner / Pengimbas
- Menukarkanoutput kekal pd kertas kpd maklumat digital
- Terdapat pelbagai bentuk dan saiz scanner

i) Scanner jenis Tangan [Handle Scanner]
- Mengimbas gambar & teks bersaiz 5"@6"
- Resolusi 400 dpi [dot per inc]

ii) Flat Bed Scanner
- Paling banyak digunakan
- Boleh dapatkan imej dlm greyscale & warna

iii) Transparency
- Sama seperti 'flat-bed'

iv) Desktop Drum Scanner
- Jenis baru & menghasilkan resolusi yg lebih baik



[Output]

1. Monitor
- Merupakan sebuah skrin yg menayangkan informasi yg sudah diproses
- Dikenali sbg 'Visual Display Unit (VDU)
- Menayangkan data & arahan yg ditaip oleh papan kekunci
- Apa yg ditayangkan pd monitor dikenali sbg 'soft copy' (salinan lembut)
 

2. CPU (Central Processing Unit)
a) Processor
- Laksanakan fungsi2 logik utk pemprosessan data yg diterima & dihasilkan dlm isyarat elektronik
b) Cooling Fan
- Utk menyejukkan processor
c) RAM (Random Acess Memory)
-Simpan data sementara, selagi ada arus elektrik
d) Slot
- ISA, PCI, Floppy, IDE - CD ROM, Processor, SDRAM, AGP
e) Motherboard
- Papan litar terbesar yg memuatkan soket, connector, chip dll
f) Kabel
- 3 jenis : i. IDE Cable, ii. Floppy Cable, iii. Audio Cable - sambungan dr audio socket di motherboard @ sound card kpd audio socket di CDD.
 

3. Pencetak / Printer
- mencetak output yg dikeluarkan oleh komputer ke atas kertas
- Terdiri drp beberapa jenis, bergantung pd cara cetakan
- Antara jenis pencetak yg popular :

a) Pencetak dot Mtrix
- Paling popular & banyak digunakan
- Agak laju, menjimatkan dan cukup baik utk tugasan harian
- Agak bising ketika cetakan
- Membentuk aksara dgn menghentam atas riben & kertas sekali
- Terdpt 2 jenis : i-9 pin & 24 pin (lbh cepat dr 9 pin krn titik2 lbh rapat & halus)

b) Pencetak Ink Jet
- Cetakan lbh baik dr Dot Matrix
- Dakwat memancut melalui lubang2 halus ke atas kertas
- Kertas yg dicetak perlu dikeringkan terlbh dahulu
- Lbh cepat & senyap

c) Pencetak Bubble Jet
- Mutu cetakan spt pencetak laser - lbh murah
- Dpt mencetak selaju 30 aksara sesaat

d) Pencetak Laser
- Termahal
- Teknologi sama dgn mesin fotokopi, mencetak dgn pancaran laser
- Boleh mencetak lbh drp 8 mukasurat seminit
 

4. Plotter
- Menghasilkan bermcm2 jenis graf, carta, lukisan 2D & 3D, teks
- Mencetak pelbagai warna - x selaju printer
- Digunakan di firma2 arkitek & kejuruteraan
 

5. Storan

RAM (Random Access Memory)
- Merupakan ingatan sementara
- Bergantung kpd bekalan elektrik
- Saiz ingatan mempengaruhi kelajuan komputer Mb:8,16,32,64,128

HDD (Hard Disk Drive)
- Alat kekal yg dipasang dlm CPU
- Simpan maklumat spt : sistem DOS, Windows Application Software dan fail2
- Kemampuan simpan maklumat : 10.2Gb, 20.4Gb dll

FDD (Floppy Disk Drive)
- Alat utk membaca & menyimpan maklumat dlm disket
- Kemampuan simpan maklumat : 1.44 Mb (3 1/2")

CDD (Compact Disk Drive)
- Alat utk membaca maklumat dlm CD
- Kelajuan membaca maklumat : 32x, 50x dll
- Boleh simpan data sehingga 640 Mb
 
 

|| HOME || MAIN MENU || TOP || BACK ||


"Now loading Information"