Make your own free website on Tripod.com
NAK CUBA
RESEPI

PUDING MARBLE

Bahan - bahan :
36g agar-agar
1 tin susu cair
5 biji telur
3 camca tepung kastad
3 camca serbuk koko
1 gelas gula
5 gelas air
 

Caranya :
1. Masak agar-agar dengan gula
2. Pukul telur sampai kembang - masukkan susu
3. Bancuh tepung kastad dengan air - masukkan dalam campuran tadi
4. Masukkan adunan dalam agar-agar.Biar sampai mendidih
5. Bahagi 2, 1 bahagian campur dengan serbuk koko
6. Masukkan ke dalam loyang secara berselang-seli(1 senduk) pada tempat yang sama
7. Ulang sampai habis, jangan kacau



 
 

PUDING GULA HANGUS

Bahan - bahan :
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
5 biji telur

Caranya :
1. Pukul telur dan gula sampai kembang
2. Masukkan susu cair
3. Hanguskan 2 sudu gula di dalam loyang
4. Masukkan bahan tadi dan kukus sampai masak



 

KEK COKLAT

Bahan - bahan :
1 cawan marjerin
1 cawan gula (dikisar halus)
5 biji telur
1 botol serbuk koko (RM 1)
3 cawan tepung kek
1 cawan susu pekat manis
 

Caranya :
1. Putar marjerin dan gula sampai kembang
2. Masukan sebiji demi sebiji telur - pukul
3. Gaulkan tepung bersama serbuk koko
4. Masukkan campuran ke dalam adunan berselang seli dengan susu pekat manis
5. Masukkan ke dalam loyang kek - bakar +-45 minit.



 

KEK BATIK

Bahan-bahan :
3 cawan air
1 ½ cawan gula
1 ½ cawan serbuk koko (vochelle)
½ butter cup (kecil)
1 biji telur
4 sudu susu pekat manis
1 bungkus biskut marie kuning (dipatah2kan)
1 bungkus biskut marie koko (dipatah2kan)

Caranya :
1. Masak 3 cawan air hingga mendidih
2. Masukkan gula, serbuk koko, butter cup, telur & susu - kacau hingga rata
3. Tutup api, masukkan biskut marie berselang seli warna - kacau hinga rata
4. Masukkan ke dalam loyang, mampatkan sama rata
5. Sejukkan dan masukkan ke dlm peti sejuk - potong mengikut bentuk & saiz yg dikehendaki utk hidangan



 

KEK KUKUS

Bahan-bahan :
1 mangkuk telur
1 mangkuk gula
tepung gandum secukupnya

Caranya :
1. Pukul telur dan gula sampai naik
2. Gaul dengan tepung
3. Kukus hingga masak
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit



 

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar
1 cawan gula yg telah dikisar
minyak masak secukupnya
merah telur dan kacang tanah goreng sebagai hiasan

Caranya :
1. Gaul bahan : tepung, kacang dan gula
2. Tuang minyak sedikit demi sedikit hingga adunan sederhana lembut
3. Bentukkan bulat-bulat dan hiaskan dengan kacang, sapu merah telur
4. Bakar hingga masak



 

KUIH PANDAN

Bahan-bahan :
2 cawan tepung (gandum + beras)
1 cawan gula
4 ½ cawan air santan dan pandan

Caranya :
1. Parut kelapa dan daun pandan
2. Gaul gula, tepung dan secubit garam
3. Masukkan santan sedikit demi sedikit
4. Panaskan kuali berisi air, masukkan adunan ke dalam loyang bila air mendidih
 
 

|| TOP || BACK ||

"Now loading Information"