TIPS KECANTIKAN
TIPS - TIPS KECANTIKAN DAN KESIHATAN


ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK?

* Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda nescaya anda lebih manis.

*Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.

* Pakailah 'sabun istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

* Rawatlah rambut anda dengan 'selendang islami' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

* Hiasilah kedua tangan anda dengan 'gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

* Sebaik-baiknya kalung anda dengan kalung 'kesucian'.

* Bedakilah wajah anda dengan 'air wudhu' nescaya akan bercahaya di akhirat.



 
 

KENALI BAHASA PRODUK KECANTIKAN
Kenali dahulu istilah-iatilah dlm produk kecantikan :

Hypo Allergenic
Hypo-bermaksud berkurang. Jadi hypo-allergenic mamberi maksud mengurangkan risiko terkena alergi atau alahan,
tetapi bukan bermaksud tiada terkena alahan langsung.

AHA'S
Alpha Hydroxy Acid biasanya terdapat pada krim malam atau krim pemutihan, kerana zat inilah yg berperanan mengikis sel-sel kulit yg sudah mati, sehingga 'merangsang' tumbuhnya sel kulit baru.

BHA'S
Atau Beta Hydroxy Acid, sifatnya lebih r'ingan' namun mempunyai khasiat yg sama dengan AHA'S

Collagen dan Elastin
Biasanya ada pada pelembap (moisturizer) untuk membuat kulit terasa lebih halus dan lembut. Tetapi zat tersebut tidak dapat mendorong kulit untuk memproduksi kembali collagen dalam kulit yg sudah hilang kerana proses penuaan.

Matte
Salah satu jenis / sifat yg memadamkan kilat pada kulit. Biasanya digunakan pada kosmetik seperti lipstik atau foundation. Foundation jenis ini umumnya disukai oleh mereka yg memiliki kulit bermunyak.



 
 

CANTIK & SEGAR DALAM WAKTU SINGKAT
Merias wajah dengan sempurna dalam waktu singkat, mengapa tidak?
Apalagi jika ditambah pelbagai variasi gaya rias terkini. Selain tidak banyak masa yang terbuang, anda tampil bergaya dan moden.

Bila Bedak Terlau Tebal
Ambil berus besar dan sapukan terlebih dulu pada selembar tisu yang bersih untuk membebaskannya dari segala jenis kotoran yang menempel. Kemudian sapukan berus tersebut pada seluruh wajah untuk mengangkat serbuk-serbuk bedak yang berlebihan.

Bila Warna Pemerah Pipi Berlebihan
Gosok secara perlahan pipi yang sudah disapukan pemerah pipi dengan menggunakan tisu bersih yang kering atau gulungan kapas. Hindari penggunaan jari - jari tangan untuk menyamakan warna, kerana minyak serta peluh yang menempel pada tangan
akan membuat pemerah pipi itu menjadi lembap dan makin kuat menempel, sehingga sukat 'diangkat'.

Bila Ingin Menghasilkan Warna Natural Pada Pipi
Oleskan pemerah pipi jenis krim pada pipi, kemudian ambil sedikit foundation cair atau concealer dengan hujung jari dan
gosokkan pada pipi hingga rata dan berbaur sempurna. Cara ini akan membuat warna pemerah ini tampak natural.

Bila Ingin Membuat Terkesan Sun-Kissed
Aplikasikan pemerah pipi warna bronze atau warna coklat hangat pada pipi atas (sejajar dengan puncak telinga) ke arah dalam, lalu sapukan pada bahagian rahang.



 
 

TIPS UNTUK ELAKKAN STRES

Stres boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja. Bergantung kepada cara dan strategi seseorang itu untuk mengatasinya.
Tetapi penting jika anda boleh mengurangkan tekanan stres sebanyak mungkin. Cubalah cara-cara berikut :

- Belajar untuk kata tidak.
- Jangan berasa bersalah terhadap apa yang anda buat.
- Luangkan masa untuk diri sendiri.

- Jangan terlalu mengharap daripada orang lain.
- Belajar dari kesilapan tetapi jangan menghukum diri jika melakukan kesilapan .
- Cari kerja yang memuaskan hati anda dan tahu bila mahu berehat.
- Jangan bawa kerja ke tempat tidur.



 
 

TIPS PENJAGAAN MATA
1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.

2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.

3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.

4. Elakkan mata memakai kanta lekap lebih dari 12 jam kerana ia meletihkan mata.



 
 

MEMILIH GINCU BIBIR
Memilih gincu bibir amat penting. Jangan utamakan jenamanya sahaja, tapi pastikan ianya sesuai dengan bibir anda dan kulit wajah anda. Kalau bibir kering elakkan menggunakan gincu bibir jenis mengelupas.
Ini akan menjadikan bibir anda merekah dan tidak sihat.

PILIHAN TEPAT GINCU COKLAT
Di saat semua org mengenakan gincu warna merah jambu, mengapa anda tidak mencuba memilih sentuhan coklat untuk menghadirkan nuansa baru pd wajah? Cuba trik memilih nada coklat yg tepat. Pilihannya berkisar antara warna coklat tua hingga ke warna coklat muda yg lembut.

Bagi Anda Yg Memiliki Kulit Putih Pilihlah Warna


Bagi Anda Yg Memiliki Kulit Sawo Matang


Bagi Anda Yg Berkulit Putih Kuning

*Beruntunglah utk yg berkulit gelap kerana warna coklat memang diciptakan utk anda. Mulai dgn coklat gelap hingga sentuhan sedikit kemerahan sehinggalah ke coklat muda yg berkilat utk kulit anda.



 
 

MINUMAN BERGAS PUNCA SAKIT KEPALA
Anda mungkin pernah merasa sakit kepala selepas meminum sesetengah minuman bergas. Nak tahu puncanya? Berdasarkan sumber dari internet, menurut hasil kajian yang dibuat oleh John Hopkins Medical Institutions, tambahan kafein dalam minuman tersebutlah menjadikan anda berasa sakit kepala.

Tambahan kafein tadi bukan hanya sebagai bahan perasa sahaja, sebaliknya ia turut diibaratkan seperti nikotin pada rokok yang boleh menyebabkan ketagihan di kalangan penggemar minuman bergas ini. Sementara itu pengkaji Roland Griffin pula menyifatkan golongan remaja yang menjadi penggemar minuman ini mudah menjadi ketagih dan mungkin menimbulkan pelbagai kesan negatif yang lain seperti sakit kepala dan mengantuk. Bagaimanapun anda jaganlah bimbang kerana ia masih memerlukan kajian lanjut untuk mengetahui kebenarannya.



 
 

INFO DIET

* Kurangkan memakan makanan segera dan yang diproses
- Maklumat pemakanan / jadual komposisi makanan telah menunjukkan bahawa kebanyakan makanan segera mempunyai kalori ,
gula, garam dan lemak yang tinggi dimana lebih 30% kalorinya datang dari lemak.

*Kurangkan pengambilan makanan segera
- Makanlah makanan dari bahan semulajadi atau yang disediakan segar.
Kebanyakan makanan yang diawet atau diproses mengandungi garam dan gula yang tinggi.

*Gunakan garam dan gula secara sederhana dalam masakan
- Kebanyakan bahan-bahan seperti sos tomato dan kicap mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Bahan-bahan lain seperti susu pekat manis, gula merah dan madu boleh menambahkan kandungan gula dalam makanan.

*Kurangkan pengambilan snek yang mengandungi banyak garam, gula dan mono sodium glutamat (MSG)
- Makanlah snek yang sihat seperti sandwich, buah-buahan segar, bertih jagung (popcorn) kosong tanpa gula atau ubi rebus.

* Kurangkan penggunaan perencah yang tinggi kandungan garam dan natrium.
 


 

* NOTA : "Bersolek dan berhias yang menepati syariat akan mendatangkan pahala"
- petikan Diari Muslimah 2000

TOP || BACK ||

"Now loading Information"